Facebook Telah Membeli Whatsapp

whatsapp_android_3

Hari ini, pihak Facebook telah mengumumkan pengambil alihan satu daripada aplikasi perhidmatan permesejan terkenal di telefon pintar iaitu WhatsApp dengan $4 Bilion wang tunai dan baki $14 Bilion baki merupakan jumlah perkongsian dalam syarikat Facebook dan $3 Bilion perkongsian di bursa saham.

WhatsApp tidak dinafikan merupakan perkhidmatan permesejan terkenal di dunia juga di Malaysia yang dikatakan telah mencecah 400 juta pengguna pada akhir tahun 2013 dan bertambah 1 juta setiap hari dan kini telah disahkan mempunyai 450 juta pengguna berdafttar. Dalam pada itu, kebanyakan pengguna yang lari dari Facebook Messenger kemudian menggunakan WhatsApp Messenger  sebagai alternatif dan kini ia merupakan satu syarikat di bawah kendalian yang sama.

Selain itu, Facebook juga mengesahkan bahawa WhatsApp tidak akan menjadi satu entiti bersama Facebook tetapi dikekalkan seperti sebelum ini dan beroperasi berasing seperti Instagram yang telah dibeli oleh Facebook sebelum ini. Ia menjadikan WhatsApp dan Facebook Messenger pesaing dan juga sebenarnya merupakan ahli keluarganya sendiri di pasaran yang sama.

Pengarah bagi WhatsApp, Jan Koum juga mengesahkan bahawa pengguna tidak akan mengalami perubahan dalam pembelian syarikat mereka ini dan juga mengesahkan beliau bakal menjadi lembaga pengarah di Facebook. Pada tahun 2011, Facebook telah membeli Beluga dan memberi peluang kepadanya untuk berjalan seperti biasa namun beberapa bulan kemudia, Facebook telah menutupnya. Mungkinkah ini yang akan berlaku pada WhatsApp?

Comments

  1. selalunya syarikat mega yg ade pesaing akan membeli pesaingnya bukan untuk kerjasama,,tetapi untuk membunuh pesaingnya..www.akasiamag.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ini Senarai Ranking Tentera Terkuat Di Dunia, Malaysia Di mana?

Apa Itu Ajaran Sesat TUHAN HARUN?

Jasad Ariel Sharon Tak Diterima Bumi